 |
Real Madrid 4-2 Levante: Ronaldo nets superb hat trick to send Jose Mourinho's side 10 points clear at summit of La Liga
Los Merengues run riot in the second half as the away side struggles after going down to 10 men shortly before halftime |
Hatrik Ronaldo Julang Real Madrid
Real Madrid terus menguasai carta Liga Sepanyol setelah menewaskan Levante 4 - 2 di Santiago.Real Madrid dikejutkan dengan gol awal minit ke-5 apabila pemain Levante iaitu Gustavo Cabral melakukan gol pembukaan.Sebelum babak pertama berakhir Levante terpaksa beraksi 10 pemain selepas minit ke-43 kerana salah seorang pemain mereka iaitu
Vicente Iborra de la Fuente diperintahkan keluar padang kerana menerima kad kuning kedua setelah bola terkena tangan di dalam kotak penaltisekaligus pengadil mengenakan kad merah untuk beliau dan sepakan penalti diberikan kepada Real Madrid yang berjaya disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo minit ke-45.Penguasaan Real Madrid berterusan dibabak kedua dan hasilnya dua jaringan dalam tempoh tujuh minit terhasil menerusi pemain sensasi mereka Cristiano Ronaldo minit ke-50 dan ke-57 sekaligus beliau mencipta hatrik peribadinya.Levante tidak mudah menyerah minit ke-63 merapatkan jurang gol menerusi jaringan Arouna Kone namun Karim Benzema pantas menambah gol keempat minit ke-66 untuk mengubah menjadi 4 - 2 dan kedudukan itu kekal berakhir sehingga tamat perlawanan.Kemenangan Real Madrid jelas menunjukkan kejuaraan liga musim ini bakal menjadi milik mereka setelah ketinggalan 10 mata.Kekalahan 2 - 3 kepada Osasuna kelmarin menyukarkan Barcelona untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dijulanginya selama tiga musim berturut-turut.Dengan baki 16 perlawanan liga Barcelona boleh mengangkat bendera putih kepada Real Madrid kerana untuk memintas seterunya itu perlu tewas 3 atau 4 perlawanan berturut-turut dan sebaliknya Barcelona perlu menang empat perlawanan berturut-turut.
Osasuna Sukarkan Barcelona
Dejan Lekic meledak dua gol bagi membantu menewaskan Barcelona 3 - 2 dalam saingan La Liga kelmarin.Ternyata dendam Osasuna yang tersingkir dari saingan Piala Raja Sepanyol bulan lalu dan kekalahan besar 0 - 8 dalam perlawanan pusingan pertama September tahun lalu terubat.Kali terakhir Osasuna menewaskan Barcelona ialah Mei 2009 dalam saingan liga dan kemenangan ini juga adalah yang pertama Osasuna sepanjang lima perlawanan liga sebelum ini.Dejan Lekic membuat kejutan dengan gol pembukaan minit ke-4 dan diikuti minit ke-22 untuk Osasuna mendahului 2 - 0.Bersambung di babak kedua Barcelona berjaya merapatkan jurang gol minit ke-51 menerusi jaringan Alexis Sanchez untuk menjadikan kedudukan 2 - 1.Ketika dalam usaha Barcelona mencari gol penyamaan Raou Garcia menambah jaringan minit ke-56.Pemain muda Barcelona iaitu Tello seperti menghidupkan harapan impian dengan gol kedua minit ke-73 namun selepas itu nasib tidak menyebelahi Barcelona untuk sekurang-kurangnya satu mata kerana bola sering tersasar dan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Osasuna.
0 Ada Apa-Apa Pesanan:
Catat Ulasan