Pertembungan Klasik Dua Pasukan
![]() |
| Dua pemain meraikan jaringan masing di babak pertama |
| 1 - 1 | Singapore LIONSXII |
Pertemuan Selangor dan Singapore Lion XII boleh dianggap klasik kerana inilah kali pertama pertemuan dua musuh tradisi sebelum Singapura menarik diri dari menyertai Liga Malaysia pada tahun 1995.Sebelum itu kedua-dua pasukan ini sering bertembung di pentas akhir dalam sejarah Piala Malaysia.1994 adalah aksi terakhir pasukan Singapura menyertai Bola Sepak Malaysia dan pada aksi terakhir Singapura menjadi juara liga yang ketika itu dikenali sebagai Liga Perdana.Dalam pertembungan pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Lion XII mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang lawan apabila mengikat pasukan Selangor 1 - 1.Ketua pasukan Lion XII melakukan jaringan awal buat pasukannya minit ke-42 untuk mendahului Selangor 1 - 0 namun Selangor dengan pantas bangkit dua minit kemudian menerusi jaringan Amir Yahaya minit ke-44 untuk kembali mengikat kedudukan 1 - 1.

Singapore captain Shahril Ishak celebrates after scoring the first goal of the match against Selangor.
Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan gagal mencari tambahan gol di babak kedua dan perlawanan berakhir dengan terikat 1 - 1.Perlawanan ketujuh hujung minggu ini pasukan Selangor akan bertemu PKNS manakala Singapore Lion XII akan menanti Negeri Sembilan di Stadium Jalan Besar.Kedudukan Selangor kini masih berada ditahap tidak memberangsangkan selepas enam perlawanan hanya mengutip Sembilan mata manakala Lion XII dengan lapan mata untuk berada dikedudukan ke-6.











0 Ada Apa-Apa Pesanan:
Catat Ulasan