Zaragoza Kekal Di Kedudukan Tercorot
 |
| Ruben Castro scored a goal in each half as Real Betis claimed their second consecutive La Liga victory and left opponents Real Zaragoza rooted to the bottom of the table. |
Real Betis menewaskan Zaragoza 2 - 0 dalam perlawanan tunggal La Liga Sepanyol di La Romareda sekaligus meletakkan Zaragoza di kedudukan tercorot liga.Kecemerlangan mengejutkan Espanyol minggu lalu di tempat lawan gagal diulangi di laman sendiri sebaliknya berputih mata untuk memperolehi mata penuh sekaligus harapan Zaragoza untuk kekal di liga utama Sepanyol musim hadapan semakin pudar.Menamatkan perlawanan minggu ke-23 oleh Zaragoza hanya meraih 15 mata ketinggalan 13 mata dari zon selamat yang kini milik
Villarreal yang meraih 26 mata untuk berada di kedudukan ke-17.Baki 15 perlawanan berkemungkinan Zaragoza menghadapi laluan sukar untuk meraih mata penuh bagi setiap perlawanan namun kelab itu perlu optimis untuk cuba keluar dari zon penyingkiran.
Real Betis pula semakin berkedudukan selamat selepas menewaskan Zaragoza dengan meraih 29 mata untuk berada di kedudukan ke-12 naik empat anak tangga.
Keputusan Minggu ke-23
0 Ada Apa-Apa Pesanan:
Catat Ulasan