
Juventus pulang dengan bergaya apabila menewaskan Milan 2 - 1 di San Siro dalam aksi separuh akhir pertama sekaligus peluang untuk ke perlawanan akhir kian menghampiri.Marton Caceres menjadi watak utama untuk Juventus kerana beliau meledak dua gol bagi membantu Juventus pulang berbekalkan dengan selesa.Martin Caceres meledak gol pembukaan di babak kedua minit ke-53 setelah kedua-dua buntu mencari gol di separuh masa pertama.Milan menyamakan kedudukan minit ke-62 menerusi Stepham El Shaarawy untuk mengikat kedudukan 1 - 1.Ketika perlawanan berbaki tujuh minit Martin Caceres telah meladak gol kemenangan sekaligus memberi peluang Juventus untuk beraksi di perlawanan akhir kerana kali terakhir Juventus ke akhir ialah tahun 2004 namun hanya muncul naib juara setelah kecundang dengan aggreget 4 - 2 bertemu Lazio dan kali terakhir Juventus menjuarai Coppa Italia ialah tahun 1995.Milan yang menjuarai Copaa Italia sebanyak lima kali masih optimis untuk layak dan kali terakhir ke akhir ialah musim 2003 serta muncul juara menewaskan Roma dengan aggregt 6 - 3.Kedua-dua pasukan akan bertemu untuk separuh akhir kedua pada 21 Mac 2012 di Torino.
Hari ini satu lagi peringkat separuh akhir akan berlangsung yang akan menemukan Siena dan Napoli.
0 Ada Apa-Apa Pesanan:
Catat Ulasan