| 22 Februari 2012 | Marseille | 1 – 0 | Stade Vélodrome, Marseille Attendance: 37,646[10] Referee: Cüneyt Çakır (Turkey) | |
|---|---|---|---|---|
| A. Ayew |
Scoring Summary
| Marseille | Internazionale |
|---|---|
| Andre Ayew (90') |
Rentetan kekalahan Inter Milan berterusan selepas tewas 0 - 1 kepada Marseille di Vélodrome, Perancis.Jaringan pasukan tuan rumah dimasa kecederaan membolehkan peluang Marseille untuk layak ke suku akhir mampu dicapai namun pertembungan di Milano, Itali pada 13 Mac pasti getir buat kelab Perancis itu kerana Inter mempunyai kelebihan apabila beraksi di gelanggang sendiri.Andre Ayem meletakkan Marseille sebelah kaki di suku akhir apabila beliau memecah kebuntuan setelah kedua-dua pasukan gagal meledak gol ketika 90 minit perlawanan. Sementara itu di Basel pasukan Bayern Munich tewas 0 - 1 bertemu Basel hasil jaringan lewat Stocker minit ke-86.
Basel Buat Kejutan
Basel Buat Kejutan
| 22 Februari 2012 | Basel | 1 – 0 | St. Jakob-Park, Basel Attendance: 36,000[9] Referee: Nicola Rizzoli (Italy) | |
|---|---|---|---|---|
| Stocker |
Scoring Summary
| FC Basel | Bayern Munich |
|---|---|
| Valentin Stocker (86') |
Kemenangan Basel ke atas gergasi Bundesliga masih belum selamat buat wakil Switzerland itu kerana di Allianz Arena Bayern Munich mampu bangkit untuk mengatasi satu gol.Rentak konsisten Bayern Munich sejak kebelakangan ini agak menurun lebih-lebih lagi dalam saingan liga kerana akibat daripada aksi turun naik kini Bayern Munich berada di kedudukan ketiga ketinggalan empat mata dengan juara bertahan Borussia Dortmund.Terbaru mereka dipintas oleh Borussia M'gladbach selepas mencatat keputusan seri dengan Freiburg dalam aksi liga minggu lalu.Basel yang membuat kejutan di peringkat kumpulan apabila menyingkirkan gergasi English Premeir League iaitu Manchester United bakal menjadi igaun buat Bayer Munich jika ianya tidak diambil iktibar.












0 Ada Apa-Apa Pesanan:
Catat Ulasan