Blackpool Mara Ke Pusingan Ke-5
Blackpool mara ke pusingan kelima dan akan bertemu Everton selepas menewaskan kelab dari Liga Bahagian Satu iaitu Sheffield Wednesday dengan kemenangan bergaya 3 - 0 di Hillsborough dalam perlawanan ulangan pusingan keempat setelah kedua-dua pasukan seri 1 - 1 pada 28 Januari yang lalu.Matthew Phillips meledak gol pembukaan minit ke-7 dan Lomana Tresor LuaLua meletakkan pasukan pelawat berkedudukan selesa minit ke-14 untuk Blackpool mendahului 2 - 0 di babak pertama.Kelab yang berada di kedudukan kedua dalam Liga Bahagian Satu iaitu Sheffield Wednesday ternyata gagal memberi saingan dan kesempatan itu diambil oleh Ludovic Sylvestre minit ke-54 untuk gol ketiga.Perlawanan pusingan kelima akan diadakan 18 Febuari ini dan Blackpool akan ke
Goodison Park.
Pertembungan dramatik antara Southampton kelab yang menghuni tangga kedua Liga Kejuaraan dan Millwall kelab yang bergelut untuk mengelak dari zon penyingkiran berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Millwall.Liam Feeney menjadi pemusnah Southampton kerana jaringan beliau dihujung perlawanan berjaya menewaskan pasukan tuan rumah 3 - 2 dalam perlawanan ulangan pusingan keempat setelah perlawanan pada 28 Januari lalu berakhir dengan seri.Perlawanan yang seakan ke masa tambahan dileburkan oleh pemain gantian itu yang masukkan minit ke-84 menggantikan
Dany N'Guessan.Millwall melakukan kejutan apabila menjaringkan gol pendahuluan minit ke-17 hasil jaringan Liam Trotter namun Adam Lallana menyamakan kedudukan minit ke-35 untuk mengikat kedudukan 1 - 1 di babak pertama.Aksi mendebarkan bermula minit ke-77 apabila Richard Lambert meletakkan pasukannya dihadapan namun dua minit kemudian Dany N'Guessan menyamakan kedudukan menjadi 2 - 2 minit ke-79.Pejuangan Southampton berakhir dihujung perlawanan apabila Liam Fenny meledak gol kemenangan pelawat.Pusingan kelima laluan Millwall agak sukar kerana lawannya adalah kelab dari Liga Perdana iaitu
Bolton Wanderers namun kelebihan berpihak kepada kelab Liga Kejuaraan itu kerana akan menjadi tuan rumah pada 18 Febuari ini.
0 Ada Apa-Apa Pesanan:
Catat Ulasan