Lionel Messi meledak empat gol ketika menentang Valencia di Nou Camp awal pagi ini waktu Malaysia sekaligus mengurang jurang dengan pendahului liga kembali kepada 10 mata.Walaubagaimanapun Barcelona dikejutkan dengan gol awal oleh pelawat minit ke-9 menerusi jaringan Pablo Piatti namun Barcelona yang kebiasaanya dibolosi awal akan bangkit mencari gol dan menjelma minit ke-22 apabila Lionel Messi menyamakan kedudukan diikuti jaringan pendahuluan minit ke-27 untuk Barcelona mendahului 2 - 1 di babak pertama.Valencia yang berkedudukan ketiga gagal memberi saingan dibabak kedua lalu dibolosi tiga gol lagi minit ke-76 dan ke-85 menerusi jaringan Messi Dan ketika perlawanan memasuki minit ke-91 Barcelona terus menghukum pelawat dengan kemenangan besar 5 - 1.Kekalahan Valencia mengakibatkan pasukan itu ketinggalan 11 mata dengan Barcelona dan jauh ditinggalkan oleh Real Madrid dengan 20 mata sekaligus peluang untuk Valencia mengacau dua kedudukan teratas liga perlu dilupakan dan kedudukan ketiga perlu dipertahankan sekiranya mahu ke Liga Juara-Juara Eropah secara automatik musim hadapan keranan tempat ketiga adalah tiket terakhir untuk layak secara automatik.Barcelona pula kian sukar untuk memintas Real Madrid kerana ketinggalan 10 mata dan mengharap ikhsan dari Real Madrid.
0 Ada Apa-Apa Pesanan:
Catat Ulasan