Real Madrid | 3 - 1 | Real Zaragoza![]() |
Scoring Summary
| Real Madrid | Real Zaragoza |
|---|---|
| Kaká (32') | Lafita (11') |
| Cristiano Ronaldo (49') | |
| Mesut Özil (56') |
Real Madrid terus memimpin carta Liga Sepanyol kelmarin setelah menewaskan Real Zaragoza 3 - 1 dalam saingan minggu ke-20 liga sekaligus meninggalkan kedudukan pencabar terdekat mereka Barcelona kepada tujuh mata setelah terikat 0 - 0 dengan Villarreal.Zaragoza membuat kejutan awal apabila meledak gol pembukaan minit ke-11 menerusi jaringan Lafita namun Kaka menyamakan kedudukan minit ke-32 menjadi 1 - 1.Babak kedua Real Madrid menguasai hampir keseluruhan perlawanan dan berjaya meledak dua gol lagi untuk meraih tiga mata penuh.Cristiano Ronaldo meledak gol kedua minit ke-49 diikuti Mesut Ozil minit ke-56 untuk memberikan kedudukan selesa 3 - 1 mengatasi Zaragoza pasukan yang kini terperosok di kedudukan tercorot liga kerana kegagalan merekodkan kemenangan sejak 13 perlawanan liga.Jika kekal sehingga penghujung musim mungkin Zaragoza adalah calon yang akan turun ke saingan Segunda musim hadapan.
Villarreal Bantu Real Madrid Di Kedudukan Selesa
Villarreal | 0 - 0 | Barcelona![]() |
Peluang Barcelona untuk mengekalkan kejuaraan semakin sukar kerana diikat tanpa jaringan bertemu Villarreal pada Sabtu.Keputusan seri menyebabkan Barcelona tercicir dua mata lagi dan menjadikan kepada tujuh mata dengan seteru utama mereka Real Madrid yang kian sukar digugat.Ternyata bertemu dengan pasukan yang bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran agak sukar untuk dikalahkan kerana keazaman Villarreal membara untuk tidak tewas.Walaupun Barcelona lebih banyak menguasai perlawanan kesukaran menembusi gawang kerana kekentalan pertahanan dan penjaga gol telah menyebabkan tiada jaringan yang dapat dilakukan oleh Barcelona.
Keputusan penuh ke semua perlawanan :
































0 Ada Apa-Apa Pesanan:
Catat Ulasan