Ligue 1
PSG mengekalkan kedudukan teratas Liga Perancis selepas menewaskan Brest 1 - 0 di tempat lawan menerusi jaringan tunggal perlawanan oleh Milan Bisevac seawal minit ke-6 sekaligus kekal mendahului tiga mata di hadapan satu lagi pesaing terdekat mereka
Montpellier yang turut mencatat kemenangan ke atas Nice semalam.Turut mencatat kemenangan dalam saingan Ligue 1 minggu ke-21 ialah
Lille,
Olympique Lyon dan
Olympique Marseille sekaligus memberikan tekanan kepada pendahulu untuk cuba meraih kejuaran ketiga kerana Kali terakhir PSG mengecap kejuaraan ialah pada 1994.Setelah dua gergasi Lyon dan Marseille masih tercari-cari rentak konsisten untuk mencapai kemenangan satu lagi kelab yang mengambil peluang untuk bersaing merebut gelaran ialah Montpellier yang tidak pernah menjulang piala sejak ditubuhkan pada tahun 1974.Pertemuan di Nice menyaksikan tuan rumah terpaksa akur dengan Montpellier apabila tewas 0 - 1 sekaligus meletakkan Nice kini di kedudukan tercolor Ligue 1.
 |
| Ligue 1 top scorer Olivier Giroud blasted a 90th-minute winner at Nice to keep second-placed Montpellier hot on Paris Saint-Germain's heels. It was French international striker Giroud's 15th of a magnificent season. |
Montpellier membuktikan mereka kini perlu disegani kerana mampu bersaing di kelompok teratas liga.Selepas 21 perlawanan Montpellier kini berada di kedudukan kedua mengumpul 43 mata beza tiga mata dengan pendahulu.Jaringan tunggal perlawanan iaitu Olivier Giroud pada minit-minit terakhir perlawanan membolehkan pasukannya membawa pulang tiga mata berharga sekaligus mengecewakan Nice untuk sekurang-kurangnya mengumpul satu mata.Turut menang ialah penyandang juara iaitu Lille yang mengatasi
Saint-Étienne 3 - 0 dilaman sendiri.
Dua jaringan pantas Nolan Roux minit ke-86 dan ke-87 telah membantu Lille menang bergaya ke atas St Etienne.Sebelum itu Eden Hazard memberikan gol pendahuluan minit ke-50 menerusi sepakan penalti setelah di babak pertama kedua-dua pasukan buntuk meledak gol.Lille kini berada ketinggalan di kedudukan ke-3 meraih 39 mata ketinggalan tujuh mata dan menghadapi cabaran getir untuk mempertahankan kejuaraan liga.Lyon mengekori di kedudukan ke-4 dengan 38 mata setelah tumpas dua kali berturut-turut.Kebangkitan Lyon telah berjaya menewaskan
Dijon 3 - 1 dilaman sendiri.
 |
| Late goals from Bafétimbi Gomis and Alexandre Lacazette helped Lyon to a vital 3-1 home win over Dijon. OL returned to winning ways in Ligue 1 after back-to-back defeats in Weeks 19 and 20. |
Kekalahan dua perlawanan berturut-turut dinafikan dalam saingan minggu ke-21 apabila berjaya meraih tiga mata penting namun masih ketinggalan dengan 8 mata dengan pendahulu PSG.Jimmy Briand memberikan gol awal minit ke-8 namun dibabak kedua Dijon bangkit menyamakan kedudukan minit ke-61 menerusi jaringan Younousse Sankhare minit ke-61.Lyon yang sedar mahukan kemenangan bangkit ketika perlawanan berbaki lapan minit apabila jaringan pendahuluan oleh Bafetimbi Gomis minit ke-82 telah memadam hajat Dijon untuk mengikat Lyon.Gol ketiga pula terhasil dihujung perlawanan minit ke-90 oleh jaringan Alexandre Lacazette untuk Lyon selesa dengan 3 - 1.
Keputusan Penuh Ke Semua Perlawanan :
28 Januari 2012
29 Januari 2012
0 Ada Apa-Apa Pesanan:
Catat Ulasan