I made this widget at MyFlashFetish.com.

Waktu Sekarang Pukul

30 Januari 2012

Milan Terus Himpit Juventus




AC MilanMilan 3 - 0 CagliariCagliari Calcio

Scoring Summary

AC Milan Cagliari
Zlatan Ibrahimovic (32')
Antonio Nocerino (39')
Massimo Ambrosini (75')

Milan terus memberikan tekanan ke atas pendahului Serie A iaitu Juventus selepas menewaskan Cagliari 3 - 0 di San Siro.Penyandang juara liga mendahului 2 - 0 di separuh masa pertama hasil jaringan Zlatan Ibrahimovic minit ke-32 dan Antonio Nocerino minit ke-39.Massimo Ambrosini menambah jaringan untuk gol ketiga minit ke-75 sekaligus Milan kekal sebagai pencabar Juventus yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 20 perlawanan liga.Juara 27 kali itu menewaskan Udinese 2 - 1 pada perlawanan Sabtu sekaligus mengecewakan kelab itu untuk bersaingan merebut gelaran musim ini kerana ketika ini Udinese berada di kedudukan terbaik iaitu di tempat ketiga liga mengumpul 38 mata namun kekalahan kepada Juventus menyebabkan mereka kini ketinggalan 6 mata dibelakang Juventus yang memungut 44 mata diikuti Milan 43 mata manakala Lazio kian menghampiri Udinese di tempat keempat dengan 36 mata selepas menewaskan  Chievo 3 - 0.

Juventus Kekalkan Rekod Cemerlang Tanpa Kalah Selepas 20 Perlawanan

Juventus FCJuventus 2 - 1 UdineseUdinese Calcio
http://static.ibnlive.in.com/ibnlive/pix/sitepix/01_2012/juventusteamcelebrate_ap_630.jpg
Matri scored either side of Antonio Floro Flores' equalizer as Juventus stayed unbeaten in Serie A.

Scoring Summary

Juventus Udinese
Alessandro Matri (42')Antonio Floro Flores (56')
Alessandro Matri (62')

Salji yang turun pada Sabtu iaitu perlawanan Juventus dan Udinese di Turin telah memberikan tiga mata berharga buat Juventus untuk kekal sebagai pendahulu liga.Matri menjadi wira Juventus keranan meledak dua gol untuk Juventus mencapai kemenangan menewaskan Udinese 2 - 1 Beliau meledak gol pembukaan minit ke-42 namun Antonio  Floro Flores telah menyamakan kedudukan minit ke-56.Tersentak jaringan itu Alessandro Matri pantas meletakkan kembali Juventus di hadapan minit ke-62 sekaligus kedudukan itu kekal sehingga perlawanan tamat.Nasib berbeza untuk Inter Milan pula setelah cemerlang tanpa kekalahan sepanjang tujuh perlawanan liga semalam mereka tumpas 0 - 1 kepada kelab yang berada di zon penyingkiran iaitu Lecce.

 
Inter Milan Masih Meratapi Kekalahan Kepada Napoli

US LecceLecce 1 - 0InternazionaleFC Internazionale Milano

Scoring Summary

Lecce Internazionale
Guillermo Giacomazzi (40')



Impian Inter Milan untuk cuba bersaingan merebut gelaran Serie A kian pudar selepas tewas mengejut 0 - 1 kepada Lecce.Ternyata kekalahan kepada Napoli dalam saingan Coppa Italia minggu lalu membawa impak besar buat Inter Milan kerana setelah dua tahun merangkul kejuaraan itu musim 2010 dan 2011 akhirnya musim 2012 telah terlepas.Persembahan terbaik apabila mencapai tujuh kemenangan berturut-turut akhirnya dileburkan oleh Lecce hasil jaringan tunggal perlawanan oleh Guillermo Giacomazzi.



0 Ada Apa-Apa Pesanan:

Menghitung Hari

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers