FA Cup
Liverpool | 2 - 1 | Manchester United![]() |
Scoring Summary
| Liverpool | Manchester United |
|---|---|
| Daniel Agger (21') | Park Ji-Sung (39') |
| Dirk Kuyt (88') |
Dirk Kuyt Wira Liverpool
Pertembungan dua jagoan kelab England menyaksikan Liverpool mara menewaskan Manchester United 2 - 1 pada Sabtu.Liverpool yang baharu sahaja meraikan kejayaan melangkah ke perlawanan akhir dalam saingan Piala Liga menewaskan Manchester City membuktikan pasukannya perlu digeruni kerana dalam tempoh tidak sampai tiga hari berjaya menewaskan dua pasukan yang kini berebut meraih gelaran juara liga.Liverpool menurunkan barisan yang mantap bagi menghadapi Manchester United yang hanya menurunkan barisan kedua.Liverpool lebih awal mendahului Manchester United minit ke-21 menerusi Daniel Agger namun 6 minit sebelum babak pertama Park Ji Sung menyamakan kedudukan minit ke-39.Di babak kedua Liverpool dan Manchester United sering berbalas serangan dan menyaksikan penjaga gol Manchester United David De Gea menyelamatkan tidak kurang dari 11 percubaan pemain Liverpool berbanding Manchester United hanya tiga percubaan sahaja.Perlawanan seakan akan berakhir dengan keputusan seri dan akan berlangsung semula di Old Trafford namun sepakan penyudah oleh pemain gantian itu Dirk Kuyt minit ke-88 memusnahkan harapan Manchester United untuk mara sekaligus menjadi pasukan kedua mangsa kebangkitan Liverpool.Pusingan kelima akan diadakan pertengahan Febuari yang menyaksikan mungkin satu laluan mudah bagi Liverpool untuk mara ke suku akhir kerana bertemu Brighton & Hove Albion ke dari Liga Kejuaraan.

0 Ada Apa-Apa Pesanan:
Catat Ulasan