I made this widget at MyFlashFetish.com.

Waktu Sekarang Pukul

Pengikut

Follow Me

Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar
Bermaksud : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Jumaat, 31 Disember 2010

Belgium - Pro League

Belgium - Pro League

Khamis 30/12/10 Zulte-Waregem 2 - 2 Gent










Lokeren 2 - 2 Genk

 

 

Wira Kita Pulang Membawa Kejayaan.Tahniah!!!

5,000 penyokong sambut wira negara di KLIA
Oleh Sazarina Shahrim, Jumiati Rosly dan Harris Rajahdin
bhnews@bharian.com.my
2010/12/31

PEMAIN pertahanan negara, Mohd Muslim Ahmad (tengah) dikerumuni penyokong pasukan Harimau Malaya setibanya dari Indonesia . - Foto Yusni AriffinDec 30, 2010 7:46 pm - Berita Harian

Berita Utama Dari Akhbar Berita Harian.



  • Foto
    KETUA pasukan bola sepak negara, Mohd Shafiq Rahim (depan) bersama pemain menerima ucapan tahniah penyokong setibanya dari Indonesia di KLIA, semalam.
  • Foto
    PEMINAT terus mengejar pemain yang menaiki bas untuk merakam gambar mereka.
Tunggu lebih 4 jam, nyanyi lagu patriotik

SEPANG: Hampir 5,000 penyokong pasukan bola sepak negara membanjiri balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi menyambut skuad Harimau Malaya yang tiba di tanah air selepas menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, Indonesia, malam kelmarin.
Mereka yang kebanyakannya memakai jersi kuning hitam mula berkumpul di balai ketibaan sejak jam 12 tengah hari selepas berita ketibaan skuad pada jam 2 petang tersebar terutama di laman sosial sejak malam kelmarin.Penyokong daripada pelbagai peringkat umur setia menunggu sambil berterusan menyanyikan beberapa lagu termasuk Barisan Kita dan melaungkan Malaysia Boleh!, walaupun penerbangan yang membawa skuad kebangsaan hanya tiba jam 3.30 petang.

Berikutan jumlah penyokong yang terlalu ramai, polis terpaksa bekerja keras mengawal keadaan dan memastikan keselamatan pemain terjamin. Pada jam 4.30 petang, penantian penyokong berakhir apabila pasukan negara yang diiringi Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan jurulatih, K Rajagobal keluar dari pintu balai ketibaan. 

Kelibat pasukan muda negara itu mendapat tepukan gemuruh dan sorakan penyokong yang berasak-asak untuk melihat dan merakam gambar lebih dekat.
Foto
PEMINAT terus mengejar pemain yang menaiki bas untuk merakam gambar mereka.
 Mereka dibawa ke pentas di balai ketibaan KLIA bagi memberi kesempatan penyokong untuk melihat dan merakam gambar wira negara. Pemain diiringi polis ke dalam bas, namun, peminat masih mengejar mereka untuk merakam gambar.
Pelajar institut pengajian tinggi, Afiq Asyraf, 22, berkata kehadirannya di KLIA untuk memberi sokongan kepada pemain muda negara yang mempunyai potensi besar untuk berjaya di peringkat lebih tinggi.

“Ini pertama kali saya ke KLIA menyambut pasukan bola sepak negara bagi menyatakan sokongan kepada skuad kebangsaan,” katanya yang hadir bersama dua rakan.

Peniaga, Aziz Samad, 52 yang datang bersama isteri serta tiga anak mahu peminat terus memberi sokongan kepada pemain negara walaupun ketika mereka kalah.

Kakitangan swasta, Mohd Zubir Hassan Basir berkata, kehadirannya di KLIA atas permintaan isteri yang mengandung tujuh bulan yang mahu melihat pemain negara lebih dekat.

Nafrizan Mohd Zin, 38, terkejut dengan jumlah penyokong yang hadir di KLIA untuk memberi sokongan kepada pemain negara.

Jumlah penyokong yang ramai itu juga memberi rezeki kepada Mazlan Yunos, 45, yang berjaya menjual kira-kira 100 jersi pasukan kebangsaan pada harga RM65 setiap satu, di luar balai ketibaan terutama jersi biru.

“Jersi warna biru paling laris mungkin sebab tuah warna jersey ini kepada skuad negara,” katanya.


Kalender

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Iman Hadif

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers Muhammad Iman Aniq Lilypie First Birthday tickers

Statistik

Dari Mana

free counters

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

trafik

Web Analytics